GUA MUSANG, 23 Julai - Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk menaik taraf jalan di beberapa kawasan perkampungan Orang Asi di Kelantan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata projek menaik taraf jalan berkenaan melibatkan kawasan Kuala Betis-Pos Balar dan Pos Belatim-Pos Bihai.
"Jumlah peruntukan itu adalah peruntukan sedia ada yang telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan
"Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga tidak berhajat untuk meminta tambahan peruntukan namun sekiranya ia tidak mencukupi, saya sendiri akan menghadap Perdana Menteri untuk tambah.
"Bukan untuk saya tetapi untuk kebajikan Orang Asli terutamanya dalam hal perhubungan desa ini," katanya ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Paloh 2, di sini hari ini.
Projek menaik taraf jalan di kawasan itu akan memberi manfaat lebih 2,000 penduduk Orang Asli di sekitar Gua Musang.