fb fb fb fb fb

RM16 juta peruntukan untuk pemulihan Pulau Petang di Tasik Kenyir

Foto Fail/ Bernama

HULU TERENGGANU, 16 Februari - Sebanyak RM16 juta diperuntukan bagi membaik Pulih Pulau Petang di Tasik Kenyir, Terengganu merangkumi 50 unit chalet di Petang Island Resort yang terbiar sejak 2021 lalu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, peruntukan daripada Kementerian Ekonomi itu melibatkan pembangunan semula pulau berkeluasan lapan hektar menggunakan tenaga solar.
 
Ia dijangka dimulakan pertengahan tahun ini yang mengambil masa lapan hingga 12 bulan bergantung kepada kontraktor.
 
Peruntukan tersebut turut termasuk baik pulih jambatan ke santuari kelah yang sudah rosak sejak beberapa tahun lalu selain menyediakan ‘houseboat’ milik KETENGAH.
 
"Tetapi banyak pembaziran. Memang tidak terjaga. Saya sudah siap terus berhenti orang tak continue dan sebagainyua sama dengan jeti di pulau bayas dan sebagainya..kita belanja kabel saje 48juta," kata Ahmad Said.
 
Terdahulu beliau meninjau Petang Island Resort di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
 
Untuk rekod, resort milik penuh KETENGAH itu mula beroperasi tahun 2000 dan terbiar sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) lalu.

TETITIA YUSOFF