fb fb fb fb fb

RM16 juta diperuntukan laksana pembangunan PBT

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa PLANMalaysia, Md Nazri Abdullah/Foto RTM

BANDA HILIR, 27 Jun-PLANMalaysia memperuntukkan sebanyak RM16 juta bagi pelaksanaan pembangunan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menyediakan kajian rancangan tempatan tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa PLANMalaysia, Md Nazri Abdullah berkata peruntukkan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu diberikan kepada enam PBT di seluruh negara.

Katanya, usaha itu dapat membantu PBT terlibat menyediakan plan terperinci dalam memacu pembangunan yang lebih mampan.

"Setiap tahun memang kita akan mengenal pasti rancangan rancangan tempatan yang luput tarikh perancangan dia. Contoh macam tahun 2025 dan kita akan memohon peruntukan kepada pihak melalui Kementerian Perumahan dan kita membantu pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan rancangan tempatan bagi kita memandu perancangan pembangunan pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut bagi 10-15 tahun akan datang", katanya demikian selepas ditemui pemberita di Majlis Kick Off Kerajaan Rancangan Tempatan MPHTJ 2035 (Penggantian) di sini.

Mengulas lanjut, nilai peruntukkan diberikan akan mengambil kira keperluan bagi setiap PBT terlibat

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD