fb fb fb fb fb

RM1.2 juta diluluskan naik taraf jalan di Ranau

Datuk Rubiah Wang

KUALA LUMPUR, 4 November- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) meluluskan RM1.2 juga bagi menaik taraf jalan di Ranau pada 3 November lalu.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang memaklumkan sebanyak tiga kawasan telah diluluskan bawah Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD).

"Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) yang diluluskan adalah di Kampung Tagudon Lama, Kampung Karanaan dan Kampung Senaja Sinsilog. Permohonan-permohonan yang telah dikemukakan akan melalui proses semakan dan siasatan mengikut skop garis panduan JPD yang berkuatkuasa.

"Permohonan yang dimaksudkan telah disiasat dan berdasarkan rekod kami permohonan yang diterima ialah untuk projek jalan di Kampung Giring Ranau sahaja yang telah disiasat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkenaan naik taraf jalan Kampung Giring Ranau, jalan perumahan Kampung Pinawantai dan selenggara jalan Kampung Mengkapoh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI