fb fb fb fb fb

RISDA Kedah laksana kempen pulih kebun getah tidak bertoreh

Abdul Aziz Awang (tengah) selepas merasmikan Program Gerakan Kelestarian Komoditi Getah (GKKG) Pekebun Kecil RISDA Daerah Kulim, di Bandar Baharu / Foto RTM

BANDAR BAHARU, 14 Oktober – RISDA Kedah giat melaksanakan kempen untuk memastikan kebun getah yang tidak bertoreh diusahakan semula, bagi meningkatkan pengeluaran hasil getah dan pendapatan para penoreh.

Pengarah RISDA Negeri Kedah, Abdul Aziz Awang berkata usaha itu dijalankan melalui Program Pemulihan Kebun Getah Terbiar, yang menyasarkan kebun-kebun yang tidak diusahakan selama dua tahun untuk ditoreh semula.

"Bantuan yang diberikan termasuk set membuka torehan, baja dan penyelenggaraan kebun dengan nilai sebanyak RM2,550 per hektar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gerakan Kelestarian Komoditi Getah (GKKG) Pekebun Kecil RISDA Daerah Kulim, di sini.

Tambah Abdul Aziz, pekebun kecil yang terlibat dalam Program Pengeluaran Hasil Getah Matang juga akan menerima bantuan set peralatan torehan bagi pokok yang telah mencapai ukur lilit 45 cm, dengan peruntukan RM2,550 per hektar.

Bantuan tersebut merangkumi racun rumpai, baja, dan set alat penyelenggaraan kebun.

Abdul Aziz berharap program tersebut dapat meningkatkan pengeluaran getah negara serta membantu pekebun kecil mencapai pendapatan keluarga RM4,500 sebulan menjelang 2025.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN