fb fb fb fb fb

Ribut Tropika Senyar : "Hubungi polis, jika perlu bantuan"- Polis Selangor

Datuk Shazeli Kahar menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Shah Alam daripada SAC Mohd Iqbal Ibrahim kepada ACP Ramsay Embol

SHAH ALAM, 28 November - Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, menyeru orang ramai untuk terus berhubung dengan pihak PDRM sekiranya menghadapi sebarang masalah sepanjang cuaca tidak menentu ketika ini.

Beliau menjelaskan, pihak polis telah melaksanakan persiapan awal termasuk pengurusan logistik, mobilisasi anggota serta aset seperti bot penyelamat dan kenderaan berat, yang digerakkan bersama agensi lain bagi membantu pergerakan penduduk terutama ketika paras air naik mendadak.

“PDRM bersama agensi lain juga menggunakan lori untuk menggerakkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke sekolah. Kita menyeru masyarakat untuk terus berhubung dengan pihak PDRM jika menghadapi sebarang masalah sepanjang cuaca tidak menentu ini,” katanya.

Beliau menambah, kesiapsiagaan pasukan telah dimulakan sejak minggu lalu dan tiada daerah di Selangor dikecualikan daripada pemantauan, memandangkan limpahan sungai boleh berlaku di mana-mana kawasan apabila takungan mencapai kapasiti maksimum.

Datuk Shazeli terdahulu hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan Pengerusi PERKEP IPD Shah Alam, yang berlangsung di Dewan Mawar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, pada Jumaat.

Majlis tersebut diadakan berikutan peralihan jawatan yang menyaksikan SAC Mohd Iqbal Ibrahim yang sebelum ini menerajui IPD Shah Alam sebagai Ketua Polis Daerah, telah dinaikan pangkat daripada Asisten komisioner Polis (ACP) ke Senior Asistent Komisioner (SAC) dengan menjawat jawatan baharu sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Selangor.

Sementara itu ACP Ramsay Embol, sebelum ini menjawat jawatan Sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, juga telah dinaikan pangat dari Superintenden (SUPT) ke Asisten komisioner Polis (ACP), seterunya dilantik menjawat Jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam yang baharu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE