KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 9.00 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri di Semenanjung yang terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda), Pulau Pinang dan Pahang (Bera, Pekan dan Rompin).
Cuaca sama juga diramal berlaku di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya Negeri Sembilan dan Melaka.
Sementara itu, di Johor pula melibatkan beberapa daerah seperti (Tangkak, Segamat, Muar, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal melanda Sabah iaitu Tawau (Tawau dan Semporna) dan Kudat (Kudat).