KUALA LUMPUR, 23 Oktober -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor hingga 1.00 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- MetMalaysia menyatakan kawasan terjejas termasuk Langkawi dan beberapa daerah di Kedah, Perak serta Selangor.
- Daerah Perak terlibat: Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk; Hilir Perak.
- Di Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang dijangka mengalami keadaan cuaca sama.
- Risiko hujan lebat dan angin kencang boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan terjejas.
- Orang awam diingatkan berwaspada terhadap kemungkinan kerosakan sementara dan bahaya cuaca buruk.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kedah manakala di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak.
“Cuaca sama diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor,” menurut kenyataan itu.
Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kuat yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat.