Ribut petir, angin kencang di Labuan dan Sembilan Negeri hingga 7 malam ini

Ribut petir, angin kencang di Labuan dan Sembilan Negeri hingga 7 malam ini. /Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Terengganu serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Mualim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu).
  • Pahang terjejas di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.
  • Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin); Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru).
  • Sarawak terlibat termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang; Sabah terjejas di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu, dijangka melanda seluruh negeri Terenganu; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

Di Pahang kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin, manakala di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu amaran sama dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.