fb fb fb fb fb

Restoran Melayu bertaraf antarabangsa, Melaka sedia berkolaborasi dengan pakar kulinari

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama Selebriti masakan, Chef Wan pada Majlis Pelancaran Menu Baharu Cafe Chef Wan di The Shore/ Foto RTM

BANDAR RAYA MELAKA, 26 Jun-Kerajaan negeri Melaka sedia bekerjasama dengan mana-mana pakar kulinari di negeri tersebut untuk menyediakan restoran melayu bertaraf antarabangsa dengan memperkenalkan aneka menu tradisional.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, restoran melayu itu akan menarik lebih ramai pelancong luar negara untuk merasai keenakan makanan tradisional negeri Melaka.

"Kerajaan negeri sedia membantu untuk menjadikan satu restoran Melayu yang dalamnya bertaraf antarabangsa jadi kita boleh bekerjasama ikon kulinari Malaysia iaitu Chef Wan untuk sama-sama mempromosikan pelancongan bersama-sama mempromosikan kulinari di Melaka.

"Asam pedas semua orang boleh makan tapi mereka yang ingin merasai restoran yang bertaraf tiga bintang atau dua bintang atau empat bintang kita akan bekerjasama dengan mana-mana pemain kulinari untuk bersama-sama membuka restoran di Melaka", katanya demikian selepas Majlis Pelancaran Menu Baharu Cafe Chef Wan di The Shore di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD