fb fb fb fb fb

Remaja perempuan hilang selepas keluar dari rumah

FOTO POLIS DAERAH KOTA SETAR

KOTA SETAR, 13 Oktober- Seorang remaja perempuan, Nur Amiera Maisarah Zulkefli berusia 16 tahun dilapor hilang sejak dua hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Kota Setar, Kedah.

Menurut Polis Daerah Kota Setar, Nur Amierah berketinggian 156 Sentimeter, berat 49 Kilogram dan mempunyai parut melecur di bahagian muka dan kedua-dua belah tangan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui keberadaan Nur Amierah boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Hajjar di talian 012-7934731 atau Ibu Pejabat Daerah Kota Setar, 047747222, atau Ibu Pejabat Kontinjen Kedah, 04-7741222.

Trainee2