Remaja perempuan 13 tahun hilang di Ipoh

Foto IPD Ipoh

IPOH, 20 Februari – Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan warga Myanmar berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Remaja perempuan warga Myanmar, Kawsara Bibi Mohamad Noor, berusia 13 tahun dilaporkan hilang sejak 31 Januari.
  • Alamat terakhir: Jalan Menglembu Impiana 26, Taman Menglembu Impiana Adril, Ipoh.
  • Polis IPD Ipoh meminta bantuan orang ramai untuk mengesan remaja tersebut.
  • Sesiapa ada maklumat hubungi Sarjan Rafidah 013-7312477 atau IPD Ipoh 05-2542222.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, remaja berkenaan dikenal pasti sebagai Kawsara Bibi Mohamad Noor yang beralamat di Jalan Menglembu Impiana 26, Taman Menglembu Impiana Adril, di sini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau IPD Ipoh di talian 05-2542222, atau mana-mana balai polis berhampiran,” menurut kenyataan itu.