fb fb fb fb fb

Remaja lemas dipercayai tergelincir di Sungai Pecah Batu

Foto Polis

TAIPING, 1 September - Seorang remaja berusia 15 tahun ditemukan maut dipercayai lemas selepas mandi di Sungai Pecah Batu, Trong, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Nasir Ismail menerusi kenyataan berkata, maklumat mengenai kejadian diterima pihaknya pada pukul 5.27 petang.

"Siasatan awal mendapati, mangsa sedang mandi bersama dua rakannya dan telah tergelincir ketika menyeberangi sungai sebelum dibawa arus deras.

"Mangsa kemudian berjaya diselamatkan orang awam," menurutnya.

Bantuan Pertolongan Cemas (CPR) telah diberikan namun mangsa masih tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Polis menasihatkan orang ramai yang mengunjungi kawasan rekreasi supaya memastikan aspek keselamatan berada pada tahap tinggi bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

TETITIA YUSOFF