fb fb fb fb fb

Remaja 17 tahun maut, kemalangan di Lebuhraya Lim Chong Eu

Foto hiasan

GEORGE TOWN, 21 Januari- Seorang remaja 17 tahun maut dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya Lim Chong Eu di sini kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari George Town menghala ke Batu Maung sebelum hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Jumlah kenderaan terlibat dan punca kemalangan masih dalam sisatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau untuk proses bedah siasat," kata Sazalee Adam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI