fb fb fb fb fb

Rebat ke atas cukai harta akan diperluas ke 10 PBT

Datuk Mohd Jafni Md Shukor

JOHOR BAHRU, 29 November- Pemberian rebat ke atas cukai harta sebanyak 30 peratus akan diperluas ke 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor, sebagai langkah penyelarasan cukai, bermula 1 Januari tahun depan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, antaranya Majlis Perbandaran Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Tangkak serta Majlis Perbandaran Pontian.

Penilaian akhir terhadap inisiatif itu telah dibuat sejak 2013, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

"Jadi kali ini kenaikan cukai kita tidak menggunakan kadar untuk tahun 2024 tetapi kita guna untuk tahun 2020. Sekarang cara kiraan merujuk kepada tahun 2020.

"Di peringkat ini ada peruntukan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), di mana setiap lima tahun PBT sepatutnya membuat penyemakan semula kadar cukai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Kelab Media Johor di sini.

Mohd Jafni turut memaklumkan rebat berkenaan hanya boleh digunakan dalam tempoh setahun.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan pemberian rebat 30 peratus ke atas cukai harta membabitkan lima PBT yang terlibat kenaikan cukai pada tahun ini.

Lima PBT terlibat ialah di Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kluang serta Pengerang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI