fb fb fb fb fb

Rebat air percuma untuk penduduk terjejas banjir di Melaka

Foto hiasan

AYER KEROH, 16 Ogos- Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan pemberian rebat air secara percuma kepada penduduk terjejas banjir baru-baru ini. 

 Ketua Menteri, Datuk Seri Abd Rauf Yusof berkata, pemberian rebat ini hanya untuk bulan Ogos sahaja. 
  
Beliau berkata, sebanyak 3,521 akaun di kawasan Masjid Tanah dan Alor Gajah terlibat. 
 
Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan. 
 
"Syaratnya semua bil air tu mestilah disertakan dengan pendaftaran mangsa banjir dan boleh dibawa ke syarikat air untuk disokong sebagai rebat untuk bulan ini sahaja. Kerajaan negeri memberikan rebat air percuma kepada semua mangsa banjir yang menjadi mangsa banjir pada.kejadian ahad lepas", katanya
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh. 
 
Inisiatif berkenaan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM177,453.50.
 

ROSLINA BINTI DIN