fb fb fb fb fb

Rasuah punca sindiket pelacuran dan perjudian terus 'hidup' - PM

Datuk Seri Anwar berucap pada Program Global Madani Forum 2024, hari ini

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Elemen sogokan menjadi antara punca utama sindiket pelacuran serta perjudian haram terus wujud di ibu negara.

Perdana Meteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah mengarahkan Menteri Wilayah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menangani isu tersebut daripada terus berleluasa.

Beliau turut menegaskan kerajaan telah mengambil tindakan keras dalam usaha membendung aktiviti itu sejak tiga tahun lalu.

"Menteri Wilayah memang ditugaskan bersama datuk bandar, kerana hal ini dibiarkan sekian lama, termasuk semasa kerajaan terdahulu.

"Faham, apa yang dibicarakan itu berbeza dengan sekarang. Saya percaya jika ada sarang pelacuran, sarang perjudian haram, semua ini mesti ada elemen sogokan,"katanya.

Beliau juga percaya penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memudahkan lagi aktiviti berkenaan dibanteras.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Indonesia yang menutup kawasan Dolly di Surabaya yang menjadi pusat pelacuran sejak 1960-an.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE