fb fb fb fb fb

Waktu puncak LRT Ampang/Sri Petaling dan monorel dipanjangkan bermula esok - RapidKL

(Siaran media Malaysia Berhad)

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Waktu puncak pagi dan petang bagi operasi Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi laluan Ampang/Sri Petaling dan laluan monorel Kuala Lumpur dipanjangkan bermula esok.

Prasarana Malaysia Berhad menerusi kenyataan memberitahu, pelanjutan waktu berkenaan adalah susulan daripada gangguan perkhidmatan di antara dua stesen iaitu LRT Bandaraya dan LRT Masjid Jamek akibat penjajaran landasan yang bengkok (kinked) berhampiran stesen LRT Bandaraya.

"Waktu puncak pagi akan dipanjangkan dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal iaitu 7.00 pagi hingga 9.30 pagi.

"Manakala waktu puncak petang pula akan dipanjangkan dari pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam berbanding jadual asal iaitu 5.00 petang hingga 7.30 malam.

"Pemanjangan operasi waktu puncak ini adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna, serta mereka dapat merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel khususnya di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Hang Tuah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam usaha itu, Rapid KL turut menambah bilangan bas perantara percuma kepada 34 buah bas serta menambah 100 kakitangan sokongan di tiga stesen LRT.

"Bilangan bas perantara percuma juga akan ditambah bermula esok dengan kekerapan 10 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas," katanya.

Inisiatif berkenaan adalah komitmen Rapid KL dalam memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah sentiasa dalam tahap yang terbaik.

"Prasarana memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh para penumpang dan amatmenghargai sokongan dan kesabaran anda. Keselamatan para penumpang adalah menjadi keutamaan pihak kami," katanya.

(Foto BERNAMA)

Media Baharu