fb fb fb fb fb

Ranhill SAJ akan pastikan tiada gangguan bekalan air sempena Aidiladha

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 13 Jun- Syarikat pengendali air Johor, Ranhill SAJ akan memastikan tiada gangguan bekalan air berlaku di negeri itu semasa sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani berkata, penggunaan air secara berlebihan, terutama semasa musim perayaan akan diatasi dalam pelan tindakan yang dilaksanakan secara berperingkat.

"Budaya Malaysia ini apabila perayaan, tak kira kaum apa, banyak sangat program balik kampung. Bukan kita tidak galakkan balik kampung, tetapi fasiliti yang disediakan adalah untuk kegunaan kampung itu sahaja.

"Apabila terlalu ramai, berlaku lebihan permintaan yang kita tidak dapat tampung. Namun kita sudah rencanakan cuma kami perlu perbelanjaan yang lebih besar melaksanakan semua itu," katanya kepada pemberita selepas Program Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Bulan lalu satu sesi bengkel telah diadakan bagi memperhalusi masalah bekalan air sebagai langkah persediaan awal di beberapa lokasi yang kerap berlaku gangguan.

Satu sesi bengkel telah dilaksanakan bulan lalu, bagi memperhalusi masalah bekalan air sebagai langkah persediaan awal di beberapa lokasi yang kerap berlaku gangguan.

Sementara itu, paras air di semua empangan di Johor dilaporkan pada paras normal, dan dijangka mencukupi sehingga hujung tahun ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI