fb fb fb fb fb

Rangkaian 5G kedua, lonjak produktiviti pertanian

Foto FB Gobind Singh Deo

GEORGE TOWN, 29 Ogos- Pelancaran rangkaian 5G kedua berpotensi meningkatkan sumbangan semua sektor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ini termasuk bidang pertanian yang telah menyumbang 7.2 peratus pada suku kedua tahun ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata penerapan digital digunakan dalam sektor pertanian membolehkan pengurusan ladang menjadi lebih teratur dan sistematik.

"Menjelang 2023, kami lihat sektor pertanian mampu menyumbang hingga RM5 bilion daripada segi hasil.

"Pada masa hadapan, permintaan dan pasaran akan berkembang seterusya akan kekal relevan dan menguntungkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majilis ‘MYCentre4IR Al Impact Challenge 2024’ di Bayan Lepas.

Sementara itu, Gobind memaklumkan firma pelaburan India, 'Eros Investments Group 'akan melabur AS$1 bilion di Malaysia untuk membangunkan taman kecerdasan buatan (AI) dan studio filem AI.

Ia bakal merangkumi sebuah universiti AI dan pusat data AI, sekali gus dapat mendorong kerjasama global untuk menyokong syarikat pemula tempatan.

"Infra yang menyeluruh mencukupi dan memang cukup cekap.. kita juga memberi fokus dalam memastikan bahawa infrastruktur itu adalah selamat untuk digunakan.

"Perkara ketiga yang kita lihat adalah untuk memastikan bahawa kita ada bakat yang mencukupi untuk menggunakan infra yang selamat itu," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM