fb fb fb fb fb

Rangkaian 4G di Melaka meningkat 99.63 peratus

MELAKA, 2 Mac - Liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Melaka meningkat kepada 99.63 peratus pada suku ke-empat pada tahun 2021, berbanding 95.50 peratus pada suku pertama dua tahun lalu.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Yasin, ia hasil daripada pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2020-2022.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Melaka ICT Holding Sdn Bhd (MICTH) dengan pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus melaksana pelbagai inisiatif bagi penambahbaikan capaian jalur lebar di negeri ini.

"Jadi inisiatif kerajaan negeri adalah dengan membina menara-menara baru dan menaiktaraf struktur pemancar telekomunikasi di bawah JENDELA.

"Kita merancang untuk membina 60 menara baru, manakala menara yang sudah siap dibina pada tahun 2021 adalah sebanyak 26 menara.



Katanya, sekiranya tiada masalah yang berlaku pada tahun ini, pihaknya berhasrat membina 34 lagi menara stesen pemancar.

Untuk rekod sebanyak 144 stesen pemancar turut dinaiktaraf kepada 4G selain penyediaan capaian gentian optik lebih 41,000 premis.

Media Baharu