fb fb fb fb fb

Rang Undang-Undang Mufti dirujuk ke Majlis Raja-Raja minggu depan

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Perincian berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini RUU itu masih di peringkat perbincangan untuk diperincikan oleh pakar dalam bidang berkenaan.

"Kita sedang bincang dan dengar pelbagai pandangan, bermakna tidak ada pertikaian mengenai soal Sunnah Wal Jamaah, rujuk kepada mazhab Syafie, Hanafi, Maliki atau Hambali dan pandangan- pandangan lain, cuma kadang-kadang perincian itu ada dibincangkan dan saya serah kepada pakar-pakarnya,"katanya.

Beliau mengulas laporan berhubung Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 2 Julai lepas.

Baginda dilaporkan bertitah demikian menerusi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang kemudiannya membuat hantaran di Facebook.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE