PUTRAJAYA, 5 Januari- Rakyat Malaysia dinasihat supaya mengelak untuk melakukan perjalanan tidak perlu ke Bangladesh semasa pilihan raya umum negara itu berlangsung pada 7 Januari ini.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) turut menasihat rakyat Malaysia yang menetap di negara itu agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta menjauhi apa jua bentuk perhimpunan politik.
"Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan memantau rapat perkembangan Pilihan Raya Umum ke-12 Bangladesh yang akan berlangsung pada 7 Januari 2024.
"Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengelakkan daripada perjalanan yang tiada keperluan mendesak ke Bangladesh pada tarikh tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di talian +88 0241081892 atau 1895 dan untuk kecemasan +88 018 4179 8077 atau e-mel
Sebarang perkembangan terkini mengenai perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.