fb fb fb fb fb

Rakyat harus bersatu hati, tiada kompromi isu keselamatan negara- PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA bagi merasmikan Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah hari ini / BERNAMA

PENAMPANG, 31 Mei- Tiada kompromi dalam isu keselamatan dan seluruh rakyat Malaysia harus bersatu hati.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat hari ini telah menikmati kemerdekaan, namun masih ada pihak membawa sentimen keras, perkauman atau suku kaum dan pertempuran politik di Semenanjung.

Datuk Seri Anwar berkata, ada antara mereka yang mengheret sifat perkauman sempit dan menolak kehadiran dan hak perwakilan kaum lain, selain membawa sentimen agama.

"Saya tidak akan kompromi hak berkaitan keselamatan dan kesepaduan semua rakyat Malaysia, kita mesti bersatu hati, saudara kritik ketua Menteri silakan... saudara kritik perdana Menteri, silakan... tidak bersetuju dengan beberapa dasar boleh tapi kalau saudara mula menghina kaum dan agama serta menolak hak mereka saya jawap tidak boleh dan tidak boleh diizinkan,"tegasnya ketika berucap menutup pesta Kaamatan 2024 Peringkat Kebangsaan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyatakan setiap suku kaum, budaya, bahasa dan setiap hak rakyat Malaysia, harus dihormati dan dimuliakan, seperti mana dalam perlembagaan yang jelas.

Jelasnya lagi, selagi Kerajaan MADANI wujud dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, usaha memperjuang permintaan setiap rakyat di negara ini akan dilindungi dan dipelihara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE