fb fb fb fb fb

Raja Zarith Sofia seru rakyat agar santuni dan hormati wanita dengan kasih sayang

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah menyeru rakyat supaya menghargai wanita, menghormati dan menyantuni golongan berkenaan, dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Menerusi laman Facebook rasmi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2024 kepada semua wanita di negara ini.

Dengan tema sambutan, ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’, Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan penghargaan kepada semua wanita yang menggalas pelbagai tanggungjawab sama ada sebagai isteri, ibu serta pelbagai bidang pekerjaan yang diceburi.

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD