fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong terima Diploma Kehormat Seni Kraf Batik

Khairul Firdaus menyampaikan anugerah berkenaan kepada baginda di Istana Negara.

KUALA LUMPUR, 18 Januari-  Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima Diploma Kehormat Seni Kraf Batik daripada Kraftangan Malaysia.

Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan kepada Tunku Hajah Azizah atas sumbangan dan jasa baginda dalam memartabatkan industri kraf negara khususnya seni tekstil batik.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, baginda telah memperkasa dan mempromosikan seni kraf batik negara sejak sekian lama.

"Ini berjaya ditunjukkan sewaktu pelbagai lawatan yang dilakukan Raja Permaisuri Agong itu sendiri. Hasil daripada lawatan itu kita menerima banyak maklum balas yang positif berkenaan dengan seni kraf kita," kata Khairul Firdaus  kepada pemberita di Istana Negara di sini.

Khairul Firdaus menyampaikan anugerah berkenaan kepada baginda di Istana Negara.

Sebelum ini, baginda telah berkenan menghasilkan koleksi batik bertemakan Sentuhan Permaisuri : Eksplorasi dan Ekperimentasi Batik Inderapura yang dipamerkan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur semasa sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2022.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM