fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melihat pelbagai kraftangan keluaran produk tempatan selepas berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)/ Foto BERNAMA

KUCHING, 29 Jun- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menghadiri majlis santapan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Baginda yang tiba di DUN Sarawak pada pukul 8.15 malam disambut oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Sebelum itu Raja Permaisuri Agong turut merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM disambut Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penaung PPPM Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam titah perasmian, Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada semua individu yang telah menyumbang bagi menjadikan PPPM sebagai organisasi yang bermakna buat ramai anak gadis di Malaysia.

Raja Zarith Sofiah bertitah, melalui PPPM ramai anak gadis telah menimba pengalaman dan membina keyakinan untuk menjadi individu yang lebih berani dengan sifat kepimpinan.

"Kehendak dunia semakin berubah dan dalam era globalisasi dan revolusi 4.0 perubahan yang mendorong inovasi serta kreativiti berlaku dalam kadar amat pantas terutamanya dalam kalangan generasi muda.

"Melihat kepada usaha PPPM pada hari ini saya berasa bangga kerana sumbangan ahlinya seiring dengan keperluan semasa. PPPM telah berjaya membawa perubahan yang positif di dunia ini," titah Seri Paduka Baginda.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI