Raja Permaisuri Agong berkenan hadiri Majlis Jamuan Teh bersama alumni SK Datin Khadijah

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Bersama Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak di sebuah hotel di ibu negara / Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Bersama Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak iaitu sekolah alma mater Seri Paduka Baginda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis menghimpunkan lebih 800 alumni dari MGS, GEGS rendah dan menengah serta SMRPK.
  • Lawatan ke Gallery Wall sempena ulang tahun ke-77 SK Datin Khadijah.
  • Jamuan santapan disambut Pengerusi Jawatankuasa Alumni Syarifah Muriana Wafa Syed Khalid Wafa bersama para alumni.
  • Tayangan video khas memaparkan kenangan Raja Zarith Sofiah semasa menuntut di sekolah.

Majlis itu turut menghimpunkan lebih 800 alumni daripada Methodist Girls’ School (MGS), Government English Girls’ School (GEGS) rendah dan menengah serta Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom (SMRPK).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut jawatankuasa alumni sebelum dibawa melawat Gallery Wall sempena ulang tahun ke-77 SK Datin Khadijah.

Seri Paduka Baginda kemudian berangkat ke dewan santapan dan disambut Pengerusi Jawatankuasa Alumni SK Datin Khadijah, Syarifah Muriana Wafa Syed Khalid Wafa, sebelum menikmati jamuan bersama para alumni.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video khas yang memaparkan kenangan Raja Zarith Sofiah ketika menuntut di sekolah tersebut.

Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di SK Datin Khadijah, Kuala Kangsar dari 1966 hingga 1971 sebelum meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Cheltenham Ladies’ College di England pada 1972 sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Somerville College, University of Oxford pada 1979.

Majlis turut diadakan bagi mengenang dan memberi penghormatan kepada bekas alumni sekolah berkenaan yang telah meninggal dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.