fb fb fb fb fb

Raja Perlis terima mengadap Tun Dr. Mahathir

FOTO ISTANA ARAU

KANGAR, 2 Julai- Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Berangkat sama, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki kanan pada penghujung bulan Mei yang lalu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE