
KANGAR, 5 Mac – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini pada Rabu.
- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan hadir majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan.
- Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis turut sama hadir pada majlis tersebut.
- Lebih 400 tetamu termasuk kepimpinan negeri, ketua jabatan, badan berkanun dan anak yatim hadir.
- Majlis disusuli solat Maghrib berjemaah, tazkirah oleh Mufti Perlis, solat Isyak dan Tarawih; sumbangan duit raya diserahkan kepada anak yatim.
Turut sama hadir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah,isteri serta seluruh kepimpinan kerajaan negeri.
Lebih 400 tetamu terdiri kepimpinan kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, badan berkanun serta anak-anak yatim hadir pada majlis iftar berkenaan.
Selesai berbuka puasa, baginda menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti sesi tazkirah oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, solat Isyak dan solat Tarawih.
Terdahulu, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim.