fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis seru pelajar Uzbekistan kembali lanjut pelajaran di Perlis

ARAU, 30 Januari- Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru pelajar-pelajar dari Uzbekistan untuk kembali melanjutkan pelajaran di negeri Perlis.

Mereka yang layak termasuk dari Wilayah Samarkand boleh memohon untuk mendaftarkan sama ada di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atau Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

"Institusi terlibat telah berjaya melahirkan puluhan graduan dari Uzbekistan pada setiap tahun sebelum pandemik COVID-19 melanda," titah Baginda ketika menerima mengadap delegasi Pejabat Pentadbiran Wilayah Samarkand dari Uzbekistan di Galeri DiRaja Arau, di sini.

(Tuanku Syed Faizuddin menerima mengadap delegasi Pejabat Pentadbiran
Wilayah Samarkand dari Uzbekistan di Galeri DiRaja Arau, di sini.

Delegasi seramai tujuh orang tersebut diketuai Timbalan Gabenor Wilayah Samarkand, Kobilov Rustam Rajabboyevich.

Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Ketua Mufti dan Imam, Eshonkulov Zayniddin dan Ketua Jabatan Pelancongan dan Warisan Kebudayaan, Akhmedov Makhmud Mukhamadovich.

Timbalan Gabenor Wilayah Samarkand, Kobilov Rustam Rajabboyevich yang berpeluang melawat Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis, memuji inisiatif mampan yang telah dilaksana oleh Tuanku Syed Faizuddin melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang mengubah lanskap dan gaya hidup masyarakat setempat.

Media Baharu