fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 21 Februari - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara Kuala Lumpur.

Menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jenazah allahyarham turut diiringi isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan anakanda Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib serta ahli keluarga terdekat yang lain.

Baginda mewakili Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menghadiri mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu kali yang ke 265 di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara Kuala Lumpur.

Persidangan kali ini dipengerusikan mengikut gilirannya oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhun Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

TETITIA YUSOFF