fb fb fb fb fb

Raja Muda Kedah berkenan tunai zakat fitrah

Tengku Sarafudin berkenan menunaikan zakat fitrah di Pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

ALOR SETAR, 27 Mac- Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan menunaikan zakat fitrah di Pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Baginda membayar zakat fitrah berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Zakaria Othman.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah bagi negeri berkenaan untuk tahun ini, iaitu RM7, RM14.50 dan RM22.

Penetapan itu berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

ZEHRA BINTI ZAMBRI