fb fb fb fb fb

'Railway to See Malaysia', KTMB tawar diskaun 30 peratus untuk tiket ETS

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin

KUALA LUMPUR, 24 Mei - Sempena pelancaran ‘Railway to See Malaysia’, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk tiket ETS bagi perjalanan pada setiap hari Selasa dan Rabu sepanjang Jun dan Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata menerusinya, KTMB menyasarkan peningkatan sehingga 5 peratus atau 1.25 juta penumpang dalam tempoh setahun.

"Insiatif ini adalah untuk mempromosikan tempat tarikan di dalam negeri yang saya rasa banyak lagi yang belum diketahui dan belum ramai kunjungi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Pelancaran Kempen ' Railway to see Malaysia' di Stesen Kuala Lumpur, di sini.

Kempen bertemakan ‘Railway Tourism’ itu dilancar bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN