fb fb fb fb fb

Raikan 'Pesta Cahaya' dengan kegembiraan, perpaduan - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia meraikan Deepavali dengan kegembiraan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk meraikan perayaan Deepavali dengan penuh kegembiraan serta semangat perpaduan di seluruh negara.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu.

"Tentunya kita sebagai masyarakat yang kaya dengan budaya mesti menghidupkan sikap hormat dan persefahaman antara masyarakat.

"Gunakan kesempatan ini untuk menyemarak perpaduan antara kaum dan mencari titik temu, selain tingkatkan ihsan kepada yang hidup melarat dan susah," katanya.

Beliau berharap Deepavali kali ini disambut dengan kebangkitan pemikiran yang segar dan murni, serta mampu mengangkat darjat dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Anwar yang mewakili seluruh jentera kerajaan dan rakyat juga berkesempatan mengucapkan perayaan itu menerusi video berdurasi 1 minit 9 saat.

"Mudah-mudahan kita sambut dengan meriah dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama, sama-sama sambut kemeriahan dan kegembiraan," katanya.

Malaysia akan menyambut Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, esok.

GRACE AISYAH KEDAYAN