fb fb fb fb fb

Putera Mahkota Brunei tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi

Foto BERNAMA

SUBANG, 17 Ogos-Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia hari ini pada pukul 11.50 pagi di Pangkalan Tentera Udara Subang disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Putera Mahkota Brunei diiringi isteri, Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Abdul Rahaman serta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad.

Putera Mahkota Brunei kemudiannya berjalan melepasi kawalan kehormatan setempat terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.

Semasa di Kuala Lumpur, Pangiran Muda Al- Muhtadee bersama delegasi akan mengadakan kunjungan menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan disusuli Majlis Santapan.

Pengiran Muda Al-Muhtadee turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Kedua-dua pemimpin dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai berkepentingan bersama.

"Lawatan ini menambah lagi makna kepada hubungan istimewa dan mesra antara Malaysia dan Brunei, yang bertunjangkan kesamaan warisan, budaya dan hubungan antara rakyat.

"Ini terutamanya apabila kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun ini," menurut kenyataan itu.

Pada 2023, Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM9.31 bilion (RM9.31 bilion).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD