fb fb fb fb fb

Pusat tahfiz di penjara disaran pastikan prospek mendapat sokongan pasca-tahfiz

Bimbingan kerjaya berasaskan kemahiran agama

LABUAN, 22 Ogos – Pusat tahfiz di bawah Jabatan Penjara disaran memperkukuh kerjasama dengan agensi agama negeri bagi memastikan prospek menerima sokongan pasca-tahfiz selepas tamat tempoh hukuman.

Langkah tersebut dapat memberikan halatuju selain membantu proses pengintegrasian serta mendorong mereka ke arah menyumbang semula kepada komuniti.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (TKJP), Ahmad Fauzi Awang, berkata kerjasama strategik dengan jabatan agama negeri diyakini mampu menyediakan peluang melanjutkan pengajian, sokongan komuniti, serta bimbingan kerjaya berasaskan kemahiran agama.

“Saya lihat kita perlu mengadakan satu bentuk kerjasama yang lebih baik, khususnya dengan majlis agama Islam setempat.

Jika kita perhatikan, dengan adanya program tahfiz ini, hubungan mereka mungkin boleh dikembangkan melalui aktiviti-aktiviti agama di surau atau masjid. Jadi, saya rasa kerjasama itu lebih menjurus kepada usaha bersama dengan majlis agama Islam,” katanya selepas merasmikan Pusat Tahfiz, Pusat Koreksional Labuan.

Seramai 20 prospek kini sedang menjalani program tersebut melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.


 
 

HASRON BIN HASSAN