fb fb fb fb fb

Pusat latihan mualaf dipilih lokasi Jelajah Ramadan KELANTANfm

Pengarah RTM Kelantan, Shaheezam Said berkata pihaknya sentiasa komited dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap masyarakat menerusi pelbagai pendekatan.

TUMPAT, 22 Mac- Program Jelajah Ramadan KELANTANfm memilih pusat latihan mualaf pertama di negeri itu sebagai antara lokasi jelajah tahun ini

Pusat latihan yang bertempat di Kampung Kok Keli, Tumpat itu dijayakan dengan kerjasama rakan strategik antaranya Telekom Malaysia (TM), Yaya Nadia Empire dan ADABI serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
 
Pengarah RTM Kelantan, Shaheezam Said berkata pihaknya sentiasa komited dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terhadap masyarakat menerusi pelbagai pendekatan.

"Untuk siri jelajah kali ini, kita mengambil kira juga rancangan- rancangan kita yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi seperti Dengar Oghe Ngajar, salah satu segmen yang dalam ranting KELANTANfm mempunyai peminat yang ramai, itu menjadi tarikan, sebab itu kita bawa di sini," katanya selepas Program Jelajah Ramadan KELANTANfm di sini.
 
Sementara itu, rakan strategik yang juga antara penaja bagi program jelajah Ramadan KELANTANfm kali ini menyatakan radio nombor satu masyarakat di Kelantan itu mempunyai keunikan tersendiri apabila sering mengetengahkan aspek kebajikan terutama kepada masyarakat di negeri itu.
 
"Alhamdullilah, kolaborasi ini saya sangat teruja. 'Last year' kita buat banyak kolaborasi dengan RTM. 'This year' ini pertama kali, saya harap hubungan baik antara TM dan RTM akan terus diadakan pada masa masa hadapan," kata Pengurus Besar TM Kelantan, Rozainee Muhamad.

"RTM adalah platform pada saya di peringkat Yaya Nadia Empire, media arus perdana yang boleh menyumbang termasuk program CSR seperti mana yang kita ada hari ini, boleh datangkan pendengar daripada akar umbi," kata Pengarah Urusan Yaya Nadia Empire, Nadia Mat Isa.

Pelbagai program menarik pada Jelajah Ramadan KELANTANfm di pusat latihan itu, antaranya, penyampaian zakat kepada 40 mualaf, agihan makanan di sekitar kampung dan rakaman rancangan Dengar Oghe Ngajar. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM