fb fb fb fb fb

Purata tarif asas elektrik di Semenanjung dikaji tiga tahun sekali

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 6 Februari - Purata tarif asas elektrik di Semenanjung akan dikaji setiap tiga tahun sekali dengan penetapan parameter asas.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, ini meliputii unjuran harga bahan api, kos operasi, kos modal, dan kadar keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata komponen terbesar dalam pengiraan tarif asas adalah unjuran harga bahan api seperti arang batu dan gas yang digunakan untuk penjanaan elektrik.

"Dalam hal ini, Kerajaan pada 13 Disember 2024 telah bersetuju dengan penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi TNB di bawah mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR) untuk tempoh Regulatori Keempat (RP4) bermula pada 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027," katanya dalam sesi Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian turut memberi jaminan bahawa penetapan tarif elektrik di Semenanjung termasuk pelaksanaan jadual tarif baharu akan mengambil kira semua aspek, khususnya kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah.

GRACE AISYAH KEDAYAN