KUALA LUMPUR, 31 Julai- 15 syarikat disasar terlibat dalam Program Petronas AutoExpert kendalian Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata setakat ini, program tersebut telah disertai lima Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif sejak diperkenal tahun lalu.
Program Petronas AutoExpert kerjasama antara PUNB dengan Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd, membolehkan Rakan Usahawan PUNB menjalankan perniagaan bengkel kenderaan berkonsep di bawah jenama syarikat minyak utama itu.
Bengkel yang layak dibantu dari aspek pembiayaan perniagaan serta dinaik taraf kepada pusat servis sehenti yang menyediakan sokongan kepakaran serta capaian daripada sudut sistem dan kelengkapan termaju.
Selain itu, mereka yang menjadi rakan niaga Petronas AutoExpert akan menerima latihan, sokongan pemasaran, program dagangan serta rundingan bagi pembangunan perniagaan daripada Petronas.
(Foto FB PUNB)