fb fb fb fb fb

Pulau Pangkor, pulau pelopor digitalisasi di Malaysia

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melancarkan Program Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI) di Pulau Pangkor hari ini/FBKPDNHEP)

PULAU PANGKOR, 19 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau pelopor digitalisasi di Malaysia.

Pelaksanaan program Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI) di lokasi berkenaan akan memberi satu momentum kepada agenda digitalisasi negara terutama untuk pemain industri sektor peruncitan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setakat ini sebanyak 61 peratus daripada 741 peniaga di Pulau Pangkor telah berdaftar di bawah program tersebut.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempat menyantuni peniaga di Pulau Pangkor hari ini/FBKPDNHEP)

"Pulau Pangkor adalah pulau pelopor digitalisasi ReDI di Malaysia. Kita bagi peluang kepada Pulau Pangkor. Saya difahamkan jumlah peniaga sekarang, 741 orang. Jadi setakat ini, jumlah yang mendaftar ReDI sudah sampai 451 bersamaan 61 peratus sehingga 18 Mac ini. Ia perkembangan yang baik bersama dalam kita menjayakan inisiatif digitalisasi transaksi secara tanpa tunai nanti," kata Alexander selepas melancarkan program tersebut di sini.

Bagi merancakkan lagi usaha tersebut di Pangkor, kementerian menerusi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) akan memberikan insentif sebanyak RM20 kepada 500 orang pengguna untuk ditebus menerusi aplikasi e-dompet terpilih.

Media Baharu