KUALA TERENGGANU, 7 November - Pulau Bidong yang pernah menjadi penempatan orang hanyut Vietnam selama hampir dua dekad bakal digazetkan sebagai Taman Negeri Terengganu menjelang hujung tahun ini.
Proses pewartaan pulau berkenaan dijangka selesai dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman berkata, pewartaan itu adalah taman negeri keempat di Terengganu.
Keluasan tersebut merangkumi satu batu nautika dari tikas air surut yang diurus tadbir Majlis Pengurusan Taman Negeri.
Tiga lokasi sebelum ini yang diisytiharkan taman negeri ialah Tanah Bencah Setiu, Tasik Kenyir dan Pulau Tenggol.
Pengisytiharan Pulau Bidong akan meningkatkan lagi usaha memelihara dan memulihara ekosistem dan biodiversiti.
"Jadi kita akan kenal pasti lot-lot yang boleh buka atau tutup. Kita tidak akan buka semua atau tutup semua. Menjaga kawasan perlindungan yang berjaya ialah 'strict protected'.
"Bagaimanapun, kita perlu pertimbangkan berkaitan dengan ecopelancongan. Sebab itu selepas pada ini kita akan bincang lanjut dengan pemain industri untuk kenal pasti kawasan mana yang perlu tutup atau buka," kata Tengku Mohd Arifin.
Terdahulu beliau menghadiri seminar biodiversiti Terengganu, di sini.
Untuk rekod, perairan Pulau Bidong yang kaya dengan terumbu karang itu memiliki 36 kawasan selaman skuba dan hanya terhad kepada lawatan harian.