fb fb fb fb fb

PSB: Membangunkan semula perumahan lama keutamaan Kerajaan MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Membangun semula perumahan lama termasuk rumah-rumah pangsa yang usang melalui Pembangunan Semula Bandar (PSB) tentunya menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam membela masyarakat bandar pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tidak mungkin membiarkan sebilangan golongan itu tinggal di rumah daif satu bilik dengan keadaan persekitaran yang tidak sihat, sedangkan ekonomi mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan.

"Saya hairan dengan gerombolan yang gigih membalut isu ini dengan konotasi perkauman sedangkan mereka juga mengusulkan perkara yang sama semasa berkuasa.

"Bila kontang idea, maka mereka hamburkan naratif perkauman. Pembangkang begini tak ada faedah pada negara, apatah lagi pada rakyat terbanyak", katanya dalam hantaran di Facebook.

ROSLINA BINTI DIN