fb fb fb fb fb

PRU DUN Sabah: PM seru kempen berhemah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati semua pihak agar berhemah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN itu termasuk ketika berkempen.

"Kempen pilihan raya seharusnya dijalankan dengan baik bagi membolehkan rakyat membuat pilihan yang sesuai demi masa depan negeri dan negara.

“Kita berhati-hati berbincang dan saya lebih berharap supaya kempen dijalankan dengan baik serta memberi pilihan yang sesuai untuk rakyat,” katanya kepada media selepas merasmikan Khazanah Megatrends Forum 2025 di sini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU DUN Sabah ke-17.

Pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN