fb fb fb fb fb

PRU DUN Negeri Sembilan, pembahagian kerusi PH bakal dimuktamadkan

SEREMBAN, 17 Mei- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN akan dimuktamadkan dalam masa dua minggu lagi.

Mengenai calon yang akan bertanding pada PRU DUN itu, katanya ia bergantung kepada parti masing-masing.

"Kita sekarang ini telah mengadakan rundingan dengan rakan-rakan PH. Ia dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini.

Selain Negeri Sembilan, negeri lain yang menghadapi PRU DUN ialah Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN manakala baki dimenangi Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Aminudin berkata status quo bagi pembahagian kerusi tetap menjadi keutamaan dalam perbincangan bersama BN nanti.


(Mengenai calon yang akan bertanding pada PRU DUN itu, katanya ia
bergantung kepada parti masing-masing)

Media Baharu