fb fb fb fb fb

Promosi TMM 2024, angkat sektor pelancongan Melaka

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

BANDA HILIR, 1 Januari - Peranan media arus perdana adalah penting dalam mempromosi Tahun Melawat Melaka (TMM 2024), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membekalkan informasi yang diperlukan media demi mengangkat sektor pelancongan negeri Melaka.

"Sesungguhnya medium kerajaan ini adalah satu medium yang cukup baik dijadikan sebagai penyampai maklumat kepada rakyat, maklumlah dalam dunia serba moden ini semua orang mempunyai saluran dan juga penyiar sendiri.

"Dan banyak penyebaran fitnah berlaku tanpa tapisan dan tanpa sepadan dengan medium kerajaan terutamanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membuktikan bahawa kepercayaan terhadap berita-berita yang dikeluarkan ini adalah satu berita yang telah ditapis yang telah diteliti kebenaran dan kesahihannya," kata Ab Rauf selepas menjadi tetamu dalam siaran khas Selamat Pagi Malaysia (SPM), di sini.

Beliau berharap kerjasama antara RTM dan kerajaan negeri Melaka dapat dieratkan lagi menerusi promosi TMM 2024 kali ini.

TETITIA YUSOFF