fb fb fb fb fb

Projek rintis Dasar Gaji Progresif dilaksana pada Jun sehingga Ogos depan

Projek rintis Dasar Gaji Progresif dilaksana pada September / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Mac -Penilaian impak projek rintis Dasar Gaji Progresif akan dilaksana pada September ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata ia penting untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum pelaksanaannya diputuskan secara menyeluruh.

"Sehingga kini, terdapat empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentasi kementerian dan agensi telah ditubuhkan dan sedang melaksanakan gerak kerja untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang merangkumi, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Dasar, Jawatankuasa Pembangunan Sistem, Jawatankuasa Peningkatan Kemahiran dan Produktiviti serta Jawatankuasa Kerja Panduan Kenaikan Gaji Tahunan", kata Hanifah ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Parlimen hari ini.

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada bulan Jun hingga Ogos depan.

Ia bakal melibatkan penyertaan 1,000 syarikat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD