KUALA NERUS, 16 Januari- Kerja-kerja Projek pengawalan hakisan pantai di Kuala Nerus akan diteruskan seawal Mac depan sebaik sahaja Monsun Timur Laut berakhir.
Ketika ini projek yang menelan kos hampir RM70 juta itu telah siap 22 peratus daripada keseluruhan projek.
Timbalan Jurutera Projek Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan, UPPP Terengganu Asraf Omar berkata, peruntukan itu termasuk kerja memulihkan pantai yang terjejas hakisan sejauh 7.5 kilometer.
Projek berkenaan yang bermula akhir 2023 lalu bermula dari Pantai Mengabang Telipot hingga ke Pantai Batu Rakit.
Ia merangkumi pembinaan 16 pemecah ombak luar pesisir pantai yang dijangka siap sepenuhnya September tahun depan.
Ia termasuk kerja-kerja ‘beach nourishment’ dari Kampung Pengkalan Maras ke Kampung Tanjung, Batu Rakit.
"Jadi buat masa sekarang ini pihak kontraktor JPQ telah melaksanakan lima unit 'offshore breakwater'.
"Breakwater nombor 3,4,6,7,8 dan peratusan siap lebih kurang 60%.
"Jadi projek ini terpaksa ditangguhkan buat sementara disebabkan keadaan Monsun laut.
"Jadi pembinaan projek akan disambung dalam bulan Mac", katanya demikian kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau meninjau kawasan hakisan di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini.
Mengulas lanjut beliau berkata, pembinaan pemecah ombak di kawasan kritikal diberi perhatian dengan mempercepat pembinaannya.