LIMBANG, 11 Sept- Kerajaan Persekutuan meluluskan projek pembinaan semula Klinik Kesihatan Nanga Medamit di Limbang Sarawak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek tersebut perlu dimulakan segera pada tahun ini.
Beliau turut meminta agar fasiliti perubatan yang terletak di seberang Sungai Medamit itu dipindahkan ke kawasan yang lebih dekat bagi memudahkan pergerakkan penduduk sekitar untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut.
Selain itu, Datuk Seri Anwar mengumumkan peruntukkan sebanyak 100 ribu ringgit kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit.
Perdana Menteri berucap pada Majlis Peluncuran Projek Sarawak Sabah Link Road SSLR Fasa Dua di Nanga Medamit, di sini hari ini.