fb fb fb fb fb

Peruntukan RM1 juta projek KPU disalur dalam masa terdekat - Anwar

Peruntukan awal RM1 juta bagi projek pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di Chemor, Perak akan disalur dalam masa terdekat.

IPOH, 8 Julai- Peruntukan awal RM1 juta bagi projek pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di Chemor, Perak akan disalur dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekarang ini sebelum saya dapat teliti lagi saya luluskan RM1 juta dahulu.

"Saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri bantu untuk mengingatkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri untuk menyegerakan.. dan saya selalu kalau lulus dalam tempoh satu, dua minggu wang itu harus sampai.

"Jadi yang lain itu saya harus bincang lagi, kena tengok teliti supaya pegawai-pegawai dapat teliti, kita runding dengan kerajaan negeri bagaimana kita boleh pastikan projek pertama ini siap mengikut jadual," kata Anwar dalam ucapan pada program Lawatan Muhibah dan 'Hi-Tea' Perdana Menteri Bersama KPU ABIM di Perak.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM